Thursday, 17 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 5

Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Day 5 (10/11 Khamis)


Hari ke-5,, tibalah kami di Bandar Phnom Penh.. hari ni merupakan hari terakhir kami mengedarkan segala sumbangan
Selepas bergambar buat kali terakhir dgn Imam Hashim (keluarga angkat), kami bertolak ke Pnom Penh.. kira-kira 2 jam perjalanan barulah kami sampai..

Bot yang disediakan utk kami telah menunggu kami di jeti utk melawat ‘Boat people’. Fyi, ‘boat people’ adalah penduduk setempat yang tinggal di dalam sampan.. kat situ lah tempat mereka makan, solat dan semua aktiviti seharian.. ambil wuduk, makan dan segalanya daripada sumber air sungai..
 Saya ckp dgn doktor, “I have no idea how they could survive!!” Doktor jawab “senang je,, diorang tak pikir pun banyak2!! They think simply yet they can survive!!”
 tengah turunkan barang2 sumbangan bg boat people

Disebabkan banjir baru-baru ni, kami para volunteers bersepakat untuk memberi sedozen air minuman (12 botol) bg setiap keluarga.. di sana juga kami telah sediakan hidangan tengahari bg setiap orang.. tapaw bawak balik (pakai polistrin)
Kami anggarkan boat people yang datang seramai 500 orang. Selain makanan, kami sumbangkan beras 5 kg setiap keluarga, food pack, alat tulis bg kanak-kanak, kain pelikat, telekung dan sumbangan peribadi dr Heliza!!
 Pengarah program berucap, Amirul Raub di hadapan media tempatan disaksikan oleh Dr Mousin, Menteri Keagamaan Kemboja (pakai kemeja kotak2)
mula2 memeyh ar boleh senyum kambing lagi..~

Tak disangka2,, kami tak terbayang keadaan macam ni,, boat people terlalu ramai sehinggakan rama volunteers dikerumuni.. sistem yang kami pakai nampaknya tidak begitu menjadi sebab mereka terlalu ramai dan berebut .. sedih melihat keadaan macam tu.. saya bayangkan kalau la antara mereka adalah orang tua kita sendiri,,


rasakan!!! bukan main brutal lagi kanak2 ribena ni..!!

Yang paling tak boleh lupa, ada sorang makcik pegang kaki saya,, nak telekung dr tangan saya.. Allahuakbar!! Sampai macam tu sekali.. pak guard yang sepatutnya jaga kitorang sendiri berebut minta kain pelikat.. macam mana la..~
Sampai waktu kemuncak di mana, crowd betul2 tak dapat dikawal,, semua volunteers diarahkan masuk ke dalam surau,, dengan kasut2 sekali kami bwk msk.. kami menerima arahan agar.. “semua barang2 yang ada pada awak bg kat sesiapapun di luar sana.. terus balik jangan tangkap gambar atau tnggu lagi,, kalau tak akan diserang,, jalan straight je jangan toleh2 nanti awak rasa kesian..!!!!” serius,, saya rasa macam terrorist plak!!
 alamak!! aku da sakit otak!!

Otw balik dalam boat, penasihat kami mengucapkan setinggi2 tahniah dan beliau mengaku beliau memang suruh kami para volunteers untuk mengagihkan sumbangan sediri kepada org2 miskin walaupun keadaan sebegitu sudah dijangkakan-kerana beliau nak para volunteers rasa sendiri pengalaman dikerumuni oleh orang2 miskin yang lapar dan pertama kali menerima kedatangan volunteers,, mereka takut kalau2 sumbangan tak cukup
Then naik bus pergi ke satu kawasan dinamakan Kilometer 8/9.. di sana kami mengedarkan sumbangan (kepada anak2 yatim) yang sama dengan boat people kecuali air minuman.. rezeki kanak2 di sana.. kerana mereka dapat 2-3 bungkus biskut seorang termasuk Oreo (tajaan Kraft)!!
Dalam jadual sepatutnya kami melawat rumah anak yatim, namun memandangkan ramai antara mereka yang pulang ke halaman masing-masing (cuti Hari Raya Aidiladha),, so wakil volunteers hanya meletakkan barang2 sumbangan di rumah tersebut. Mungkin takde rezeki kami melawat anak2 yatim,,,

Malam tu,, we had our KFC dinner in the cruise,, sambil tengok pemandangan bandar Pnom Penh dan matahari terbenam.. Keeellllllllaaaaaaaaaasssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!
 Then, kami pulang ke hotel dengan menaiki Tuk-tuk!! Pusing2 bandar dulu baru balik hotel,,
 
Rugilah kalau pergi tempat orang, duk saja dalam bilik,, malam aktiviti bebas so saya dengan segelintir volunteers keluar tengok Bandar Pnom Penh.. kebetulan waktu kami berada di sana,, ada Festival Air.. so Pnom Penh dipenuhi dengan pelancong, orang2 kampung dan penduduk tempatan sendiri.. Happening!! Ada konsert, fun-fair dan mcm2 lg..
 
antara junk food yg dijual di kaki-kaki lima; puyuh, isi perut burung.. dan mcm2 lg.. tapi kebanyakan junk food yg dijual adalah tidak halal
 
kenangan di hadapan "Royal Place", tempat tumpuan pelancong!

And 9hb November adalah Hari Kemerdekaan bg Kemboja,, jadi bertambah Happening la Pnom penhhh!!!!! Best tengok gelagat orang2 kat sana, budaya dan habit mereka..
Oleh kerana Tuk-tuk pusing satu bandar, jadi kami turun dan ambil gambar kat jambatan ni.. Jambatan ni dibina sempena memperingati pertiswa lebih 3ribu rakyat mati akibat dipijak, bertembung sesame mereka dan sebagainya.. so dengan jambatan baru yg cantik ni,, ada peraturan yg sungguh ketat di mana jambatan tu only one-way je.. ada polis yg menjaga xde sesiapa pun dibenarkan jalan melawan arus,, ini kerana taknak peristiwa lama berulang lagi!! Unik kan?!! 
 
Esok ada lawatan ke Killing field, di mana tempat yg......sssshhhhhhhh!!! esok saya potpetpotpet3$%%^&* lagi!!

Bye..~




Monday, 14 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 4

Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 4 (9/11 Rabu)
  
Day 4

Hari ni da xde da edarkan sumbangan. Sebab apa yg kitorang buat....gotong-royong mengemas dan mengecat surau!!!
Heliza turun padang beb!!

Surprisely,, know what!! Kami dapat jemputan ke kenduri kawin.. Pengantin lelaki orang Malaysia,, pengantin perempuan orang sana.. pengantin lelaki kenalan coordinator kami yg kebetulan terserempak kat sana,, haaaaa tu la namanya rezeki kami.. So curi tulang kejap,, kami ramai2 pergi kenduri kahwin.. hari tu kennduri tu memang disediakan khas untuk rombongan kami shj,, Heliza pun join sekali!! mereka sanggup pakai baju pengantin kali kedua semata-mata meraikan kedatangan kami..

Lepas tu, balik sambung buat kerja balik.. dalam pukul 4ptg kerja pun beresss!!! Penat sgt sebab kami hanya diberi masa 1 hari utk mengecat surau tu.. dah tu apa yg mampu post buat kali terakhir bersama2 org kampung sebab hari tu merupakan hari terakhir kami bersama penduduk kampung.. 
Sebelum meninggalkan tempat tu, kami bersalaman dengan orang2 kampung.. mereka ni hanya segelintir sh yang datang untuk melihat gelagat kami bekerja dan mengharapkan apa2 sumbangan dari kami.. wajah mereka seperti tak nak kami pulang dan terus bg sumbangan pd mereka.. tapi apa nak buat, kami hanya laksanakan sepertimana kami mampu.. Kami hanya mampu berdoa beban kehidupan org2 kampung diringankan dan rezeki mereka dimurahkan Ilahi..

Malam itu, wayang pacak dibatalkan kerana kami direhatkan,, sebab esok kami akan ke bandar Pnom Penh, satu lg event yg cukup besar!!
Nak taw??

Esok saya bagitau ok.. Bye semua~


Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 3


Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 3 (8/11 Selasa)

Tibalah hari ke-3 Delegasi ke Kemboja..

Hari ni pun jadual kami penuh dan program berkhatan adalah antara aktiviti yang penting yang kami rancangkan.. Program berkhatan ini diramalkan seramai 70 orang.. namun, tak sampai 70 orang kerana kampung sebelah pun kebetulan ada program berkhatan juga pada hari yang sama.. Dr menggunakan smart clamp juga atas sumbangan pengeluar di Malaysia..




Selepas berkhatan, kanak2 tersebut diberi food pack(makanan ringan pelbagai jenis) dan kain pelikat seorang sehelai (atas sumbangan Jackel Trading).. Thank you sponsorsss!!!

Dalam masa yang sama, bagi melekakan kaum ibu serta kanak2 yang lain, kami adakan pertandingan mewarna di dalam surau.. Siapa mewarna paling cantik dapat hadiah. Tapi sebenarnya kesemua kanak2 yang terlibat diberi hadiah serta food pack..
 
Bagi warga emas pula, kami adakan medical camp,, di mana doktor dan nurse, memeriksa tekanan darah dan lain2 penyakit yang dihadapi oleh mereka.. kesemua ubat disumbankan oleh pihak doktor sendiri.. Ketiga-tiga acara ini diadakan dalam masa yang sama..


Selepas itu, ketika program berkhatan dan medical camp masih berlansung, ada program face painting untuk kanak2.. Golongan ibu dan remaja yang lagi enjoy face painting ni.. sampai muka Awin pun kena conteng.. ape daaa....~~~

ada acara demonstrasi gosok gigi pula untuk kanak2.. mereka juga dihadiahkan berus gigi setiap seorang (Thanks to the sponsor Fresh and White!!)

 

lepas gosok gigi,, volunteers bagi ubat cacing (di mana kanak2 tu kena habiskan sebotol kat situ jugak), Vit C (sehari minum sekali) dan pakai kan ubt kutu.. kesemua ubat-ubatan ni disponsor oleh doktor yg mengiringi kami..
 Astgghaa.. orang plg ganas sapu ubt kutu !!
Lunch time..~~ ada kenduri kampung.. di mana org2 kampung masak beramai2 untuk volunteers.. best rasa masakan Kemboja.. tengah lapar.. memang terbaikk laaa..!! Makan dengan Menteri Keagamaan Kemboja; Dr Mokhsin..


Lepas lunch pula,, acara yang paling kami risaukan sebelum ni.. iaitu pengagihan beras dan hygiene pack.. 500 utk 5kg beras dan hygiene pack untuk org kampung yg layak menerimanya shj.. Sebelum itu, Dr Mokhsin menyampaikan kata2 aluan dulu.. dlm ucapannya beliau selitkan doa utk kami para volunteers yg sudi membantu sesama umat Islam di Kemboja.. Aminn...

Alhamdulillah.. sistem yang kami buat adalah sistem yang pertama menjadi!! Maksudnya, semua yang layak menerima beras dapat kesemua sumbangan,, and we successfully controlled the crowd!! Bak kata seorang daripada Volunteers “OK,, JANGAN SESIAPA PANDANG BELAKANG!! KALAU TAK,, AKAN RASA KESIAN KAT MAKCIK2 TU.. KITA KENA STRICT!!”

Yang paling kami puas hati sekali bila setiap daripada kami dapat hulurkan sendiri sumbangan tu gilir2 kepada 500 orang.. Bak kata coordinator kami, Kak Siti “U deserved it!”



 
berjaya!! yahoo!!!

Malam tu,, wayang pacak lagi!!! Kali ni kami bawakan filem Kungfu Panda.. malam tu kami bagi keropok ikan dtg dr Ganu beb!!!


Lepas post mortem, kami tidur,, esok ada kerja lagi nak buat!! And esok Heliza datang.. banyak lagi nak cerita esok!!

Sunday, 13 November 2011

Humanitarian Mission For The People Of Cambodia: Day 2


Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 2 (6/11 Ahad)
“Selamat Hari Raya Aidil Adha Cambodians!!”

Pagi tu suasana ceria tapi agak suram sebab tak dapat beraya dengan family.. Walaubagaimanapun, misi tetap diteruskan dengan Solat Sunat hari Raya Aidil Adha oleh kaum lelaki, manakala sek2 perempuan pula siap sedia, standby untuk acara sukaneka bg kaum ibu dan golongan kanak2..

 dihadapan surau Kg Ourum, tempat semua aktiviti dijalankan



 
Sebaik shj khutbah raya tamat, acara sukaneka dibuka dengan senamrobik.. Walaupun mcm aym dgn itik bercakap, pakai bhs isyarat je.. tapi suasana tetap gembira dan barisan volunteers sangat bersemangat!!



Antara sukaneka: musical chair, tiup belon sampai pecah, bawa pingpong dalam sudu dan isi air dalam botol.. sebenr kami da buat persediaan utk 10 jenis games.. tapi org kg da keletihan.. so sebagai back up nya kitorang ajak org kampung semua menari ‘chicken dance’, kami menyanyi utk org kampung dan sebagainyaaaa....


  
Volunteers juga disajikan dengan minuman air kelapa.. segar dr ladang.. layannnn wa ckp lu...~ 


Dalam masa yang sama, volunteers lelaki sibuk dengan Program Korban dan Akikah.. rombongan kami membawa amanat orang2 di Malaysia se’ramai’ 29 ekor lembu (jumlah plg byk antara delegasi2 IPT/NGO lain setakat ini) dan 1 akikah.. Alhamdulillah.. rezeki bg orang kampung..



Lepas lunch, dan rehat2.. dalam pukul 3.30 ptg (4.30 ptg waktu Malaysia), kami jalan2 naik motor.. motor telah disediakan pinjam org2 kampung punya motor.. bukan jalan2  cr makan.. jaln2 bg makanannnnn... telekung, duit raya, dan pelekatan water pump (sumbangan dr org Malaysia)... orang Kemboja terpaksa menggunakan pum air sebagai sumber air bersih.. bukannnya satu rumah satu water pump, satu water pump kongsi byk2 rumah (dlm sesebuah kwsn)..

 

 "beautiful Cambodia"


Awin sampaikan telekung dan sedikit sumbangan berupa biskut (TAJAAN KRAFT) kepada org kampung, ketika mereka sedang bersantai di pondok mereka..



Di mlm hari pula, kami mengadakan ‘wayang pacak’.. ala2 panggung wayang gitu.. tapi mengguakan kain rentang bg menggantikan LCD.. malam tu kami buka Filem Ice Age.. sambil2 gelak2 tengok movie, kami bagi biskut jugak..

Selepas post mortem diadakan malam tu, volunteers dr Kemboja yang menyertai delegasi ini, ajak kami main satu permainan tradisional Kemboja,, walau pun keletihan,, utk tidak mengecewakan mereka.. kami layan je laaa.. best jugak.. Permainan tu melibatkan 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan, siapa kalah kena nyanyi.. Bukan main girang lagi semua orang..




Now.. tiba masa untuk masuk tidur.. esok ada 1 hari lagi jadual kami penuh dan acara yg penting..

Tak sabar nk tulis entry esok pula..

Till meet tomorrow buddiesssss....