Sunday 30 October 2011

Deklarasi 10 perkara PSU



Baru hari ni saya berkesempatan untuk menulis entry ni. Even though I know such things we can easily get in from the web world. Tapi niat saya hanya sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang tak tahu mahupun belum tahu.

Seperti semua sedia maklum, kira-kira 10 000 umat Islam memenuhi Stadium Shah Alam untukberkumpul ramai2 dalam Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (HIMPUN). Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menguruskan perkumpulan ini dengan aman.

Jadi saya ringkaskan Deklarasi 10 perkara PSU ini (tanpa mengubah maksudnya)selaras dengan masa-masa yang kalian ada untuk membacanya.
1.         Menyeru semua pihak menghormati & mendokong peranan Raja-raja 
Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua pentadbiran Islam di negara ini.
2.       Kerajaan yang memerintah memastikan sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam Negara ini dihormati.
3.       Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan AktaKeselamatanDalamNegeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh.
4.       Menuntut supaya kerajaan mangambil langkah segera menggubal undang-undang khususuntuk mencegah dan memebendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan orang Islam.
5.       Menuntut agar system pendidikan Negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah.
6.       Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiapsaluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara – menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7.       Menyeru kepada semua pertubuhan politik dan bukan politik meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utamadan mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugat kesucian Islam.
8.       Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambi ltanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul.
9.       Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media – sebarang bentuk penyiaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlu diambil tindakanyang tegas mengikut undang2 yang ada.
10.   Menyeru umat Islam hadirdalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politikdan lain-lain hambatanuntukbersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umatdaripada sebarang bentuk pencerobohan.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi, menegaskan“perhimpunan ini adalah untuk memastikan martabat Islam tidak diganggu-gugat dan ia bukan suatu perkara yang boleh dikompromi”.

No comments:

Post a Comment