Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 6 (10/11 Khamis)
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 6 (10/11 Khamis)
Hari berikut nyaa.. Hari ke 6, kami ke Killing Field..
Killing Field adalah tempat bersejarah di mana tempat berlaku kekejaman serta pembunuhan pada 1975-1979 lalu oleh Pol Pot.. bagi saya,, regim Pol Pot ni lebih ganas dr tentera komunis yg pernah berlaku dulu..
Killing Field adalah tempat bersejarah di mana tempat berlaku kekejaman serta pembunuhan pada 1975-1979 lalu oleh Pol Pot.. bagi saya,, regim Pol Pot ni lebih ganas dr tentera komunis yg pernah berlaku dulu..
Dr Seri Buana yang sedang berkongsi tentang sejarah kekejaman Pol Pot dgn Volunteers
Pol Pot adalah seorang Ideologist.. walaubagaimanapun, mengikut cerita tentera2 beliau yg melakukan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat yang terdiri daripada penduduk bandar dan golongan bijak pandai seperti doktor, guru dan para intelektual yang lain..
kubur mangsa-1 lubang dimuatkan dalam 300-400 mayat. kedua2 dua tangan diikat di belakang-kepala di direjam dgn besi drpd belakang
(sebab tu kat monumen tengkorak, semua kepala tengkorak terbelah di belakang)
Tanggal 17 April 1975, tentara Pol Pot menang dan memasuki kota Phnom PenhWaktu itu, Pol Pot memerintahkan semua penduduk kota di Phnom Penh, Battambang
dan kota2 lain agar segera meninggalkan kota - dengan alasan pesawat Amerika akan segera menghuru-harakan kota - lagi diisytiharkan 3 hari berikutnya baru mereka boleh kembali ke dalam kota
Siapa yang menolak atau protes akan dibunuh tanpa belas kasihan
Jadi saat itu begitu kacau bilau, boleh dikatakan penduduk kota meninggalkan rumahnya dengan hanya sempat membawa pakaian dan barang seadanya saja
sebelum balik I dgn Rashid nak korek cerita2 cerita seram kalau2 ada kat Killing Field ni..haha.. betul atau tak Wallahualam..
ni la katil dan gari untuk banduan-banduan yang terperangkap dalam Penjara Toul Sleung
Jalan utama keluar dari kota Phnom Penh yang cuma ada beberapa saja itu, penuh sesak dengan manusia yang berderu-deru keluar menuju ke kampung2
Pol Pot rupanya mempunyai obsesi untuk kembali di tahun Nol di mana rakyat bekerja sebagai petani sahaja yang hidup melakukan aktiviti bercucuk tanam.
tempayan merendam mangsa2 yang disiksa
Para pegawai pemerintahan Lon Nol; intelektual seperti guru, siswa, doktor, peguam, artis dn lain2 lagi
Mottonya : cut the grass must dig the root also.
Motto lainnya : Kill wrongly better than release wrongly.
Tak hairan lah mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge (Rejm Khmer)
Antara peraturan tidak masuk akal yang perlu dipatuhi banduan ialah tidak boleh mengeluarkan suara jika disebat atau diseksa dengan kejutan elektrik dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa mengambil masa untuk berfikir.
Pol Pot tidak mengenal mangsa - lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi - semuanya menjadi habuan.
Mangsa Pol Pot selalunya dlm kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.
Di muzium itu juga terdapat 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan juga begitu menyeksakan.
Banduan yang dikenal pasti akan dijatuhkan hukuman bunuh diangkut ke Killing Fields dan diberi dua pilihan menamatkan hayat dengan cara amat zalim - dikelar tengkuk dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat (uuuuuuhhhhhhh......~~~~)
sebahagian mangsa2 yang ditahan
Pol Pot memproklamasikan 17 April 1975 sebagai Hari Pembebasan (Liberation Day) dari rejim Lon Nol yang huru-hara
Ia menyebutnya sebagai 'Year Zero'
kubur-kubur mangsa kekejaman Pol Pot
Ternyata pembebasan yang dijanjikan Pol Pot merupakan awal masa kegelapan bagi rakyat Kemboja
Tanpa pandang bulu, mereka yang diketahui punya idea dan pandangan politik berbeza dengan Pol Pot, ditangkap, diseksa dan dibunuh
Cabikan pakaian korban pembantaian hingga kini masih tampak menyembul di sela-sela tanah
Rumput-rumput liar menyelimuti permukaan tanah yang dipenuhi cerukan-cerukan bekas kuburan
Situasi memang tidak diubah agar pengunjung dapat menangkap gambaran yang memilukan
Pohon Ajaib tempat alat pengeras suara digantung dan dibunyikan kuat-kuat sehingga lolongan mangsa yang tengah diseksa tidak terdengar oleh masyarakat setempat
Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21
Setiap orang harus menyebutkan 15 nama orang berpendidikan yang lain. Jika tidak menjawab, mereka akan disiksa
Kuku-kuku jari mereka akan dicabut - lalu direndam dalam cecair alkohol
Mereka juga disiksa dengan cara ditenggelamkan ke bak air atau disetrum
Kepedihan terutama dirasakan kaum perempuan kerana kerap diperkosa sewaktu disiksa
Banyak tentara Khmer Merah akhirnya menyedari ada yang salah dari ideologi komunis ala Pol Pot
kesan tompokan darah. darah baru atau lama Wallahualam.. tapi boleh jadi ni darah yg lama dulu sebab kejadian berlaku br lagi dalam 70-an
Mereka melarikan diri dari Kemboja dan bergabung dengan pasukan Vietnam untuk menggulingkan rejim brutal itu
Pol Pot jatuh di tangan tenteranya sendiri yang membelot ke Vietnam
7 Januari 1979 adalah hari pembebasan dari cengkeraman rejim Khmer Merah
Pasukan Vietnam menduduki Phnom Penh dan menggulingkan pemerintahan Pol Pot
Pemerintahan boneka lalu dibentuk di bawah pimpinan Heng Samrin, mantan anggota Khmer Merah yang telah membelot ke Vietnam
Namun pemerintahan baru ini tidak diakui oleh negara-negara Barat
Sementara Pol Pot dan para pengikutnya lari ke hutan-hutan dan kembali melakukan taktik gerila dan teror.
Pol Pot (nama sebenar Saloth Sar) akhirnya meninggal di tengah hutan pada 15 April 1998 kerana serangan jantung
ni lah wajah sebenar Pol Pot
No comments:
Post a Comment