Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 2 (6/11 Ahad)
“Selamat Hari Raya Aidil Adha Cambodians!!”
Pagi tu suasana ceria tapi agak suram sebab tak dapat beraya dengan family.. Walaubagaimanapun, misi tetap diteruskan dengan Solat Sunat hari Raya Aidil Adha oleh kaum lelaki, manakala sek2 perempuan pula siap sedia, standby untuk acara sukaneka bg kaum ibu dan golongan kanak2..
dihadapan surau Kg Ourum, tempat semua aktiviti dijalankan
Sebaik shj khutbah raya tamat, acara sukaneka dibuka dengan senamrobik.. Walaupun mcm aym dgn itik bercakap, pakai bhs isyarat je.. tapi suasana tetap gembira dan barisan volunteers sangat bersemangat!!
Antara sukaneka: musical chair, tiup belon sampai pecah, bawa pingpong dalam sudu dan isi air dalam botol.. sebenr kami da buat persediaan utk 10 jenis games.. tapi org kg da keletihan.. so sebagai back up nya kitorang ajak org kampung semua menari ‘chicken dance’, kami menyanyi utk org kampung dan sebagainyaaaa....
Volunteers juga disajikan dengan minuman air kelapa.. segar dr ladang.. layannnn wa ckp lu...~
Dalam masa yang sama, volunteers lelaki sibuk dengan Program Korban dan Akikah.. rombongan kami membawa amanat orang2 di Malaysia se’ramai’ 29 ekor lembu (jumlah plg byk antara delegasi2 IPT/NGO lain setakat ini) dan 1 akikah.. Alhamdulillah.. rezeki bg orang kampung..
Lepas lunch, dan rehat2.. dalam pukul 3.30 ptg (4.30 ptg waktu Malaysia), kami jalan2 naik motor.. motor telah disediakan pinjam org2 kampung punya motor.. bukan jalan2 cr makan.. jaln2 bg makanannnnn... telekung, duit raya, dan pelekatan water pump (sumbangan dr org Malaysia)... orang Kemboja terpaksa menggunakan pum air sebagai sumber air bersih.. bukannnya satu rumah satu water pump, satu water pump kongsi byk2 rumah (dlm sesebuah kwsn)..
"beautiful Cambodia"
Awin sampaikan telekung dan sedikit sumbangan berupa biskut (TAJAAN KRAFT) kepada org kampung, ketika mereka sedang bersantai di pondok mereka..
Di mlm hari pula, kami mengadakan ‘wayang pacak’.. ala2 panggung wayang gitu.. tapi mengguakan kain rentang bg menggantikan LCD.. malam tu kami buka Filem Ice Age.. sambil2 gelak2 tengok movie, kami bagi biskut jugak..
Selepas post mortem diadakan malam tu, volunteers dr Kemboja yang menyertai delegasi ini, ajak kami main satu permainan tradisional Kemboja,, walau pun keletihan,, utk tidak mengecewakan mereka.. kami layan je laaa.. best jugak.. Permainan tu melibatkan 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan, siapa kalah kena nyanyi.. Bukan main girang lagi semua orang..
Now.. tiba masa untuk masuk tidur.. esok ada 1 hari lagi jadual kami penuh dan acara yg penting..
Tak sabar nk tulis entry esok pula..
Till meet tomorrow buddiesssss....
No comments:
Post a Comment