Friday, 20 May 2011

Teks Pengacara Majlis

Hi all !!

This entry is about to share a text script for an MC

But then , first of all let me share with you some FACTS of MC !!
  • MC = Master of Ceremony
  • presents performers, speaks to the audience, and generally keeps the event moving
  • an MC may tell jokes or anecdotes
  • also plays a role as a protocol officer during an official event@function
  • "seorang pengacara majlis mesti datang majlis 1 JAM AWAL sebelum majlis bermula !!" (like an expert used to warn me the time I was younger)
  •  lagi cantik kalau seorang pengacara majlis berPANTUN ; its necessary I guess (but dont overdo it ok !!)
So I would like to share a script for an MC I made the latest for anyone who needs it :


Bismillahirahmanirrahim..

Intro                                       Yang Dihormati, En Nordin bin Jusoh, Dekan HEPA, Yang Berusaha Dr Mustapha  bin Che Omar selaku Ketua Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam, Yang Berusaha, Saudara Muhammad Izzuddin bin Mohd Rosli, merangkap YDP IPEND. Assalamualaikum WBT.. Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Majlis Restu Ilmu anjuran IPEND kali ke-6.

                                                Bagi makluman para jemputan serta para hadirin yang dikasihi sekalian, Majlis Restu Ilmu ini bersandarkan beberapa objektif. Selain untuk meraikan siswa siswi IPEND yang cemerlang dalam akademik dan juga kepimpinan, majlis ini juga memberi peluang kepada siswa siswi mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf daripada para pensyarah IPEND sepanjang sesi pembelajaran 2010/2011, memandangkan peperiksaan akhir semester bakal bertandang tidak lama lagi, dan juga tidak lain dan tidak bukan majlis ini diadakan bagi memperkukuhkan ukhuwah sesama kita, warga IPEND.

Bacaan doa                            Terbang merpati membawa berita,
                                                            Hinggap berteduh di pohon melati,
                                                Jari diangkat doa dipinta,
                                                            Moga majlis lebih diberkati.

Bagi memberkati majlis, dengan ini saya menjemput saudara Muhammad Firdaus Saifullah bin Mohd Abd Karim untuk mengetuai doa. Dipersilakan..

Bacaan ayat suci Al-Quran Amin2 ya Rabul Alamin.. terima kasih diucapkan kepada  saudara Mohd Firdaus..

Bagi meneruskan majlis, saya menjemput saudara Hafiz Hazwan bin Abdul Kadir untuk memperdengarkan ayat2 suci Al-Quran sebagai halwa telinga kita semua. Tanpa membuang masa lagi, dipersilakan..

Ucapan YDP                           Terima kasih saudara Hafiz..

                                                Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Saudara Muhammad Izzuddin bin Mohd Rosli, merangkap YDP IPEND, bagi menyampaikan sepatah dua kata, dengan ini dipersilakan..

Ucapan Dr                              Terima kasih saudara YDP..

                                                Kini tibalah masa yang ditunggu2, untuk mendengar amanat dari tetamu jemputan khas pada malam ni, Ketua Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam, Fakulti Kontemporari Islam, sekaligus merasmikan majlis kita pada malam ini. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Dr Mustapha bin Che Omar untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan..

Penyampaian sijil                   Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr atas ucapan sebentar tadi.

                                                Mengaji sudah, ucapan pun sudah, apa kata kita beralih pula ke acara kemuncak iaitu acara penyampaian sijil kecemerlangan dan cenderamata kepada mahasiswa mahasiswi. Bagi menyampaikan sijil, majlis menjemput saudara Muhammad Izzuddin untuk mengiringi Dr Mustapha bagi menyampaikan sijil kepada para peserta. Dengan in dipersilakan..

Jamuan & bersurai               Terima kasih diucapkan kepada Dr Mustapha atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi..

                                                Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya acara penyampaian sijil tadi, maka tamatlah majlis kita pada malam ini. 

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih berbunga serumpun,
Sekian dahulu dari saya,
Tersalah bicara mohon diampun.

Saya, Joe Samad, ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada tersilap kata, tersalah bahasa sepanjang saya mengendalikan majlis pada malam ini. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang sebaliknya datang dari diri saya sendiri. Sebelum bersurai, sekali lagi saya menjemput saudara Muhammad Izzuddin bagi mengiringi Dr Mustapha ke jamuan makan. Dipersilakan.. para hadirin juga dijemput untuk menjamah sedikit juadah yang telah disediakan. Dipersilakan..

(contoh teks ucapan)

Ok Dear !! Assalamualaikum ,, 

No comments:

Post a Comment