Tuesday, 29 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 7 (Last Day)


Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Day 7 (11/11 Khamis)
Hari ke-7
Inilah detik2 terakhir kami di bumi Pnom Penh
 Kenangan di hadapan rumah Pak Imam Hashim.. ramai anak angkat Imam~
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu,,
tidak keterlaluan saya katakan di sini..
Kami terlupa sebentar yang Kemboja bukan tempat kami..
Setiap permulaan ada titik penamatnya..

Breakfast paling terkenal kat Kemboja

Tanggal 11hb November kami terpaksa pulang ke Malaysia..
Tapi pagi tu, sempat lg kami shopping dekat Central Market yg terletak tak jauh dgn Pasific Hotel, tempat penginapan kami..
 banyak pashy kan!! Girls dont get envy~

Central Market ni tempat tumpuan pelancong dan harganya boleh ditawar2 sampai setengah harga..  Pelancong yg datang pasti menjengah lokasi ini kerana di sini lah tempat yg menjual saguhati dan ole2..  Selain Central Market, Night Market serta Russian Market menawarkan barangan yang hampir sama dan boleh tawar-menawar..
 ni Haniff Ibrahim, Pengerusi Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Cuma di Central Market lagi besar dan ada menjual batu2 permata pd harga murah!!!!!
program berkhatan - abg ni umur 22 thn; plg tua sebab tu dia bersunat dalam bilik private sikit - kalau tak silap dia baru 'convert' Islam

Waktu shopping kami bertembung dgn ramai pelancong dr Malaysia yg masing2 ada misi tersendiri; Misi Asia, Team dr UTM utk program korban, program korban oleh persatuan itu, persatuan ini,, dan ramai dlm kalangan mereka berumur dlam lingkungan baya2 mak bapak kita..
tengah mengangkut barang untuk anak2 yatim

Di negara orang, bukan main ramah lagi menegur antara satu sama lain, macam da lama kenal.. biasa lah.. orang kampung......~~~~~
 di Kusza, Terengganu, lepas Asar sebelum bertolak ke LCCT

Ramai yang terkejut kerana kami mengadakan program korban besar-besaran dan program berkhatan diiringi ubat-ubatan. Senang cakap macam ni,,
 muka girang tiba di air port Pnom Penh

They wonder how a team of few students could organise such this big international program. Semua kekuatan dtg dr Tuhan,, andai Tuhan izinkan maka jadi lah program kemanusiaan ini.
 demonstrasi gosok gigi, sambil nyanyi lagu "Happy Birthday" (timeframe gosok gigi)

Di dalam bas, lepas lunch kami berangkat ke airport.. dalam bus suasana agak suram tapi still excited..
kanak2 di Kemboja
Saudara Muhamad Amirul Bin Raub, selaku Pengarah Program, menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga bagi para sukarelawan dari awal perancangan dan persediaan hingga ke akhir program atas kerjasama serta komitmen yang tidak terukur oleh setiap para sukarelawan.
 Amirul Raub, Mr President

Manakala En Fauzan Bin Anuar, selaku pengiring dan Penyelaras SRM IPT UniSZA, sebak oleh kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu beliau terhadap para sukarelawan atas kejayaan pelaksanaan program murni ini.
 sukaneka tiup belon

En Rumaizi pula berharap agar program ini dapat diadakan setiap tahun dan disertai oleh ramai lagi sukarelawan yang lain.
 breakfast di That Restaurant; with Yaasin student (Cambodia Volunteer)

Akhir sekali, tidak ketinggalan pesanan daripada penasihat program, Siti Nooraishah, untuk para sukarelawan agar tidak berhenti menjadi seorang sukarelawan memperoleh pengalaman serta membantu insan-insan yang memerlukan tidak kenal agama mahupun bangsa.
 kenangan di hadapan Killing Field

That is all. Kenangan di bumi Kemboja sungguh sungguh sungguh sangat sangat sangat sangat sanagat lahhhhhh bermakna kerana banyak ilmu serta pengalaman yg didapati..
 Roomate kata da sama colour ngan boat!! hawauuu!! - bawa telekung utk boat people

Selain kenal kehidupan orang lain, kita juga dapat kenal diri sendiri how committed we are, our patience and how good we are in handling programs..
 ni lah Kak Siti, tulang belakang program, dalam perjalanan pulang ke Malaysia

Walaupun muka tebal, minta sumbangan dr orang ramai sejak Mei lalu, dr keluarga, jiran kawan2 dan pensayarah sendiri,, ini lah kemanisan yg dapat dirasai sekarang selepas berakhirnya program..
Jutaan terima kasih kepada mana-mana pihak yg membantu , secara lansung ataupun tidak lansung, dr segi kewangan mahupun nasihat atau sebagainya..
medical camp - pemeriksaan kesihatan

ganjaran bg kalian hanya Tuhan mampu membalasnya..
 salah satu water pump yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia

Saya tulis 7 hari kami berkampung di Kemboja, tiada niat lansung untuk berlagak/riak ataupun sebagainya.. niat saya hanya untuk berkongsi pengalaman dengan kalian.
Semoga kita sma2 dapat ambil pengajaran daripada kisah hidup rakyat Kemboja yg jauh tertinggal dek kemajuan dan kemewahan Malaysia..
 program Qurban dan Akikah

SAY ALHAMDULILLAH BECAUSE YOU WERE BORN AS A MUSLIM IN THE COUNTRY MALAYSIA, NOT CAMBODIA..
Syukur Alhamdulillah ...
Berakhir sudah kisah Kemboja..
Bye..
Assalamualaikum

Monday, 28 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 6 (Killing Field)

Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Day 6 (10/11 Khamis)
Hari berikut nyaa.. Hari ke 6, kami ke Killing Field..
 Killing Field adalah tempat bersejarah di mana tempat berlaku kekejaman serta pembunuhan pada 1975-1979 lalu oleh Pol Pot.. bagi saya,, regim Pol Pot ni lebih ganas dr tentera komunis yg pernah berlaku dulu..

 Dr Seri Buana yang sedang berkongsi tentang sejarah kekejaman Pol Pot dgn Volunteers

Pol Pot adalah seorang Ideologist.. walaubagaimanapun, mengikut cerita tentera2 beliau yg melakukan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat yang terdiri daripada penduduk bandar dan golongan bijak pandai seperti doktor, guru dan para intelektual yang lain..
 kubur mangsa-1 lubang dimuatkan dalam 300-400 mayat. kedua2 dua tangan diikat di belakang-kepala di direjam dgn besi drpd belakang 
(sebab tu kat monumen tengkorak, semua kepala tengkorak terbelah di belakang)
 Tanggal 17 April 1975, tentara Pol Pot menang dan memasuki kota Phnom Penh

Waktu itu, Pol Pot memerintahkan semua penduduk kota di Phnom Penh, Battambang
dan kota2 lain agar segera meninggalkan kota - dengan alasan pesawat Amerika akan segera menghuru-harakan kota - lagi diisytiharkan 3 hari berikutnya baru mereka boleh kembali ke dalam kota
 Siapa yang menolak atau protes akan dibunuh tanpa belas kasihan

Jadi saat itu begitu kacau bilau, boleh dikatakan penduduk kota meninggalkan rumahnya dengan hanya sempat membawa pakaian dan barang seadanya saja
 
 sebelum balik I dgn Rashid nak korek cerita2 cerita seram kalau2 ada kat Killing Field ni..haha.. betul atau tak Wallahualam..
 ni la katil dan gari untuk banduan-banduan yang terperangkap dalam Penjara Toul Sleung

Jalan utama keluar dari kota Phnom Penh yang cuma ada beberapa saja itu, penuh sesak dengan manusia yang berderu-deru keluar menuju ke kampung2
Pol Pot rupanya mempunyai obsesi untuk kembali di tahun Nol di mana rakyat bekerja sebagai petani sahaja yang hidup melakukan aktiviti bercucuk tanam.
tempayan merendam mangsa2 yang disiksa
Jadi, semua yang berbau kota, modern dan berpendidikan akan lansung dihapuskan.

Para pegawai pemerintahan Lon Nol; intelektual seperti guru, siswa, doktor, peguam, artis dn lain2 lagi
Mottonya : cut the grass must dig the root also.
Motto lainnya : Kill wrongly better than release wrongly.
Tak hairan lah mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge (Rejm Khmer)

Antara peraturan tidak masuk akal yang perlu dipatuhi banduan ialah tidak boleh mengeluarkan suara jika disebat atau diseksa dengan kejutan elektrik dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa mengambil masa untuk berfikir.
 
Pol Pot tidak mengenal mangsa - lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi - semuanya menjadi habuan.

Mangsa Pol Pot selalunya dlm kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.
Di muzium itu juga terdapat 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan juga begitu menyeksakan.

Banduan yang dikenal pasti akan dijatuhkan hukuman bunuh diangkut ke Killing Fields dan diberi dua pilihan menamatkan hayat dengan cara amat zalim - dikelar tengkuk dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat (uuuuuuhhhhhhh......~~~~)
 sebahagian mangsa2 yang ditahan

Pol Pot memproklamasikan 17 April 1975 sebagai Hari Pembebasan (Liberation Day) dari rejim Lon Nol yang huru-hara

Ia menyebutnya sebagai 'Year Zero'
 kubur-kubur mangsa kekejaman Pol Pot

Ternyata pembebasan yang dijanjikan Pol Pot merupakan awal masa kegelapan bagi rakyat Kemboja

Tanpa pandang bulu, mereka yang diketahui punya idea dan pandangan politik berbeza dengan Pol Pot, ditangkap, diseksa dan dibunuh
Cabikan pakaian korban pembantaian hingga kini masih tampak menyembul di sela-sela tanah

Rumput-rumput liar menyelimuti permukaan tanah yang dipenuhi cerukan-cerukan bekas kuburan

Situasi memang tidak diubah agar pengunjung dapat menangkap gambaran yang memilukan
Pohon Ajaib tempat alat pengeras suara digantung dan dibunyikan kuat-kuat sehingga lolongan mangsa yang tengah diseksa tidak terdengar oleh masyarakat setempat

Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21

Setiap orang harus menyebutkan 15 nama orang berpendidikan yang lain. Jika tidak menjawab, mereka akan disiksa

Kuku-kuku jari mereka akan dicabut - lalu direndam dalam cecair alkohol

Mereka juga disiksa dengan cara ditenggelamkan ke bak air atau disetrum

Kepedihan terutama dirasakan kaum perempuan kerana kerap diperkosa sewaktu disiksa

Banyak tentara Khmer Merah akhirnya menyedari ada yang salah dari ideologi komunis ala Pol Pot
 kesan tompokan darah. darah baru atau lama Wallahualam.. tapi boleh jadi ni darah yg lama dulu sebab kejadian berlaku br lagi dalam 70-an

Mereka melarikan diri dari Kemboja dan bergabung dengan pasukan Vietnam untuk menggulingkan rejim brutal itu

Pol Pot jatuh di tangan tenteranya sendiri yang membelot ke Vietnam

7 Januari 1979 adalah hari pembebasan dari cengkeraman rejim Khmer Merah
 
Pasukan Vietnam menduduki Phnom Penh dan menggulingkan pemerintahan Pol Pot

Pemerintahan boneka lalu dibentuk di bawah pimpinan Heng Samrin, mantan anggota Khmer Merah yang telah membelot ke Vietnam

Namun pemerintahan baru ini tidak diakui oleh negara-negara Barat

Sementara Pol Pot dan para pengikutnya lari ke hutan-hutan dan kembali melakukan taktik gerila dan teror.

Pol Pot (nama sebenar Saloth Sar) akhirnya meninggal di tengah hutan pada 15 April 1998 kerana serangan jantung
 ni lah wajah sebenar Pol Pot

Thursday, 17 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 5

Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Day 5 (10/11 Khamis)


Hari ke-5,, tibalah kami di Bandar Phnom Penh.. hari ni merupakan hari terakhir kami mengedarkan segala sumbangan
Selepas bergambar buat kali terakhir dgn Imam Hashim (keluarga angkat), kami bertolak ke Pnom Penh.. kira-kira 2 jam perjalanan barulah kami sampai..

Bot yang disediakan utk kami telah menunggu kami di jeti utk melawat ‘Boat people’. Fyi, ‘boat people’ adalah penduduk setempat yang tinggal di dalam sampan.. kat situ lah tempat mereka makan, solat dan semua aktiviti seharian.. ambil wuduk, makan dan segalanya daripada sumber air sungai..
 Saya ckp dgn doktor, “I have no idea how they could survive!!” Doktor jawab “senang je,, diorang tak pikir pun banyak2!! They think simply yet they can survive!!”
 tengah turunkan barang2 sumbangan bg boat people

Disebabkan banjir baru-baru ni, kami para volunteers bersepakat untuk memberi sedozen air minuman (12 botol) bg setiap keluarga.. di sana juga kami telah sediakan hidangan tengahari bg setiap orang.. tapaw bawak balik (pakai polistrin)
Kami anggarkan boat people yang datang seramai 500 orang. Selain makanan, kami sumbangkan beras 5 kg setiap keluarga, food pack, alat tulis bg kanak-kanak, kain pelikat, telekung dan sumbangan peribadi dr Heliza!!
 Pengarah program berucap, Amirul Raub di hadapan media tempatan disaksikan oleh Dr Mousin, Menteri Keagamaan Kemboja (pakai kemeja kotak2)
mula2 memeyh ar boleh senyum kambing lagi..~

Tak disangka2,, kami tak terbayang keadaan macam ni,, boat people terlalu ramai sehinggakan rama volunteers dikerumuni.. sistem yang kami pakai nampaknya tidak begitu menjadi sebab mereka terlalu ramai dan berebut .. sedih melihat keadaan macam tu.. saya bayangkan kalau la antara mereka adalah orang tua kita sendiri,,


rasakan!!! bukan main brutal lagi kanak2 ribena ni..!!

Yang paling tak boleh lupa, ada sorang makcik pegang kaki saya,, nak telekung dr tangan saya.. Allahuakbar!! Sampai macam tu sekali.. pak guard yang sepatutnya jaga kitorang sendiri berebut minta kain pelikat.. macam mana la..~
Sampai waktu kemuncak di mana, crowd betul2 tak dapat dikawal,, semua volunteers diarahkan masuk ke dalam surau,, dengan kasut2 sekali kami bwk msk.. kami menerima arahan agar.. “semua barang2 yang ada pada awak bg kat sesiapapun di luar sana.. terus balik jangan tangkap gambar atau tnggu lagi,, kalau tak akan diserang,, jalan straight je jangan toleh2 nanti awak rasa kesian..!!!!” serius,, saya rasa macam terrorist plak!!
 alamak!! aku da sakit otak!!

Otw balik dalam boat, penasihat kami mengucapkan setinggi2 tahniah dan beliau mengaku beliau memang suruh kami para volunteers untuk mengagihkan sumbangan sediri kepada org2 miskin walaupun keadaan sebegitu sudah dijangkakan-kerana beliau nak para volunteers rasa sendiri pengalaman dikerumuni oleh orang2 miskin yang lapar dan pertama kali menerima kedatangan volunteers,, mereka takut kalau2 sumbangan tak cukup
Then naik bus pergi ke satu kawasan dinamakan Kilometer 8/9.. di sana kami mengedarkan sumbangan (kepada anak2 yatim) yang sama dengan boat people kecuali air minuman.. rezeki kanak2 di sana.. kerana mereka dapat 2-3 bungkus biskut seorang termasuk Oreo (tajaan Kraft)!!
Dalam jadual sepatutnya kami melawat rumah anak yatim, namun memandangkan ramai antara mereka yang pulang ke halaman masing-masing (cuti Hari Raya Aidiladha),, so wakil volunteers hanya meletakkan barang2 sumbangan di rumah tersebut. Mungkin takde rezeki kami melawat anak2 yatim,,,

Malam tu,, we had our KFC dinner in the cruise,, sambil tengok pemandangan bandar Pnom Penh dan matahari terbenam.. Keeellllllllaaaaaaaaaasssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!
 Then, kami pulang ke hotel dengan menaiki Tuk-tuk!! Pusing2 bandar dulu baru balik hotel,,
 
Rugilah kalau pergi tempat orang, duk saja dalam bilik,, malam aktiviti bebas so saya dengan segelintir volunteers keluar tengok Bandar Pnom Penh.. kebetulan waktu kami berada di sana,, ada Festival Air.. so Pnom Penh dipenuhi dengan pelancong, orang2 kampung dan penduduk tempatan sendiri.. Happening!! Ada konsert, fun-fair dan mcm2 lg..
 
antara junk food yg dijual di kaki-kaki lima; puyuh, isi perut burung.. dan mcm2 lg.. tapi kebanyakan junk food yg dijual adalah tidak halal
 
kenangan di hadapan "Royal Place", tempat tumpuan pelancong!

And 9hb November adalah Hari Kemerdekaan bg Kemboja,, jadi bertambah Happening la Pnom penhhh!!!!! Best tengok gelagat orang2 kat sana, budaya dan habit mereka..
Oleh kerana Tuk-tuk pusing satu bandar, jadi kami turun dan ambil gambar kat jambatan ni.. Jambatan ni dibina sempena memperingati pertiswa lebih 3ribu rakyat mati akibat dipijak, bertembung sesame mereka dan sebagainya.. so dengan jambatan baru yg cantik ni,, ada peraturan yg sungguh ketat di mana jambatan tu only one-way je.. ada polis yg menjaga xde sesiapa pun dibenarkan jalan melawan arus,, ini kerana taknak peristiwa lama berulang lagi!! Unik kan?!! 
 
Esok ada lawatan ke Killing field, di mana tempat yg......sssshhhhhhhh!!! esok saya potpetpotpet3$%%^&* lagi!!

Bye..~