Thursday, 17 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 5

Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA

Day 5 (10/11 Khamis)


Hari ke-5,, tibalah kami di Bandar Phnom Penh.. hari ni merupakan hari terakhir kami mengedarkan segala sumbangan
Selepas bergambar buat kali terakhir dgn Imam Hashim (keluarga angkat), kami bertolak ke Pnom Penh.. kira-kira 2 jam perjalanan barulah kami sampai..

Bot yang disediakan utk kami telah menunggu kami di jeti utk melawat ‘Boat people’. Fyi, ‘boat people’ adalah penduduk setempat yang tinggal di dalam sampan.. kat situ lah tempat mereka makan, solat dan semua aktiviti seharian.. ambil wuduk, makan dan segalanya daripada sumber air sungai..
 Saya ckp dgn doktor, “I have no idea how they could survive!!” Doktor jawab “senang je,, diorang tak pikir pun banyak2!! They think simply yet they can survive!!”
 tengah turunkan barang2 sumbangan bg boat people

Disebabkan banjir baru-baru ni, kami para volunteers bersepakat untuk memberi sedozen air minuman (12 botol) bg setiap keluarga.. di sana juga kami telah sediakan hidangan tengahari bg setiap orang.. tapaw bawak balik (pakai polistrin)
Kami anggarkan boat people yang datang seramai 500 orang. Selain makanan, kami sumbangkan beras 5 kg setiap keluarga, food pack, alat tulis bg kanak-kanak, kain pelikat, telekung dan sumbangan peribadi dr Heliza!!
 Pengarah program berucap, Amirul Raub di hadapan media tempatan disaksikan oleh Dr Mousin, Menteri Keagamaan Kemboja (pakai kemeja kotak2)
mula2 memeyh ar boleh senyum kambing lagi..~

Tak disangka2,, kami tak terbayang keadaan macam ni,, boat people terlalu ramai sehinggakan rama volunteers dikerumuni.. sistem yang kami pakai nampaknya tidak begitu menjadi sebab mereka terlalu ramai dan berebut .. sedih melihat keadaan macam tu.. saya bayangkan kalau la antara mereka adalah orang tua kita sendiri,,


rasakan!!! bukan main brutal lagi kanak2 ribena ni..!!

Yang paling tak boleh lupa, ada sorang makcik pegang kaki saya,, nak telekung dr tangan saya.. Allahuakbar!! Sampai macam tu sekali.. pak guard yang sepatutnya jaga kitorang sendiri berebut minta kain pelikat.. macam mana la..~
Sampai waktu kemuncak di mana, crowd betul2 tak dapat dikawal,, semua volunteers diarahkan masuk ke dalam surau,, dengan kasut2 sekali kami bwk msk.. kami menerima arahan agar.. “semua barang2 yang ada pada awak bg kat sesiapapun di luar sana.. terus balik jangan tangkap gambar atau tnggu lagi,, kalau tak akan diserang,, jalan straight je jangan toleh2 nanti awak rasa kesian..!!!!” serius,, saya rasa macam terrorist plak!!
 alamak!! aku da sakit otak!!

Otw balik dalam boat, penasihat kami mengucapkan setinggi2 tahniah dan beliau mengaku beliau memang suruh kami para volunteers untuk mengagihkan sumbangan sediri kepada org2 miskin walaupun keadaan sebegitu sudah dijangkakan-kerana beliau nak para volunteers rasa sendiri pengalaman dikerumuni oleh orang2 miskin yang lapar dan pertama kali menerima kedatangan volunteers,, mereka takut kalau2 sumbangan tak cukup
Then naik bus pergi ke satu kawasan dinamakan Kilometer 8/9.. di sana kami mengedarkan sumbangan (kepada anak2 yatim) yang sama dengan boat people kecuali air minuman.. rezeki kanak2 di sana.. kerana mereka dapat 2-3 bungkus biskut seorang termasuk Oreo (tajaan Kraft)!!
Dalam jadual sepatutnya kami melawat rumah anak yatim, namun memandangkan ramai antara mereka yang pulang ke halaman masing-masing (cuti Hari Raya Aidiladha),, so wakil volunteers hanya meletakkan barang2 sumbangan di rumah tersebut. Mungkin takde rezeki kami melawat anak2 yatim,,,

Malam tu,, we had our KFC dinner in the cruise,, sambil tengok pemandangan bandar Pnom Penh dan matahari terbenam.. Keeellllllllaaaaaaaaaasssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!
 Then, kami pulang ke hotel dengan menaiki Tuk-tuk!! Pusing2 bandar dulu baru balik hotel,,
 
Rugilah kalau pergi tempat orang, duk saja dalam bilik,, malam aktiviti bebas so saya dengan segelintir volunteers keluar tengok Bandar Pnom Penh.. kebetulan waktu kami berada di sana,, ada Festival Air.. so Pnom Penh dipenuhi dengan pelancong, orang2 kampung dan penduduk tempatan sendiri.. Happening!! Ada konsert, fun-fair dan mcm2 lg..
 
antara junk food yg dijual di kaki-kaki lima; puyuh, isi perut burung.. dan mcm2 lg.. tapi kebanyakan junk food yg dijual adalah tidak halal
 
kenangan di hadapan "Royal Place", tempat tumpuan pelancong!

And 9hb November adalah Hari Kemerdekaan bg Kemboja,, jadi bertambah Happening la Pnom penhhh!!!!! Best tengok gelagat orang2 kat sana, budaya dan habit mereka..
Oleh kerana Tuk-tuk pusing satu bandar, jadi kami turun dan ambil gambar kat jambatan ni.. Jambatan ni dibina sempena memperingati pertiswa lebih 3ribu rakyat mati akibat dipijak, bertembung sesame mereka dan sebagainya.. so dengan jambatan baru yg cantik ni,, ada peraturan yg sungguh ketat di mana jambatan tu only one-way je.. ada polis yg menjaga xde sesiapa pun dibenarkan jalan melawan arus,, ini kerana taknak peristiwa lama berulang lagi!! Unik kan?!! 
 
Esok ada lawatan ke Killing field, di mana tempat yg......sssshhhhhhhh!!! esok saya potpetpotpet3$%%^&* lagi!!

Bye..~




2 comments:

  1. mcm mane tempat tu ade tempat perlancongan yg agak grand and ade festival air tp rakyatnye kemiskinan? wondering...

    ReplyDelete
  2. anonymous: tu la saya pernah tanya soalan sejibik kat salah seorang volunteers kemboja.. dia kata.. festival air baru2 ni pun untuk cover mangsa banjir tempoh hari.. lagipun ramai yg miskin adalah org Islam yg duduk di ceruk2 kampung.. di bandar Pnom Penh ramai yg beragama Buddha,, yg kaya makin kaya,, yg miskin tetap miskin,, bg saya sendiri,, Kemboja mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi jadi walaupun ada festival air dan sebagainya belum cukup lg menampung kesemua rakyat.. mcm Malaysia jugak,, walaupun ada KLCC tapi ramai lg yg miskin di kawasan pantai timur dan di pedalaman Sabah dan Sarawak..

    ReplyDelete