Monday, 14 November 2011

Humanitarian Mission For The People of Cambodia: Day 3


Program: Humanitarian Mission For The People of Cambodia
Tempat: Kg Ourum, District of Tralarch, Province of Kg Ch'nang, Pnom Penh, Cambodia
Tarikh: 5th Nov - 11th Nov 2011
Anjuran: Sekretariat Rakan Muda IPT, UniSZA
Day 3 (8/11 Selasa)

Tibalah hari ke-3 Delegasi ke Kemboja..

Hari ni pun jadual kami penuh dan program berkhatan adalah antara aktiviti yang penting yang kami rancangkan.. Program berkhatan ini diramalkan seramai 70 orang.. namun, tak sampai 70 orang kerana kampung sebelah pun kebetulan ada program berkhatan juga pada hari yang sama.. Dr menggunakan smart clamp juga atas sumbangan pengeluar di Malaysia..




Selepas berkhatan, kanak2 tersebut diberi food pack(makanan ringan pelbagai jenis) dan kain pelikat seorang sehelai (atas sumbangan Jackel Trading).. Thank you sponsorsss!!!

Dalam masa yang sama, bagi melekakan kaum ibu serta kanak2 yang lain, kami adakan pertandingan mewarna di dalam surau.. Siapa mewarna paling cantik dapat hadiah. Tapi sebenarnya kesemua kanak2 yang terlibat diberi hadiah serta food pack..
 
Bagi warga emas pula, kami adakan medical camp,, di mana doktor dan nurse, memeriksa tekanan darah dan lain2 penyakit yang dihadapi oleh mereka.. kesemua ubat disumbankan oleh pihak doktor sendiri.. Ketiga-tiga acara ini diadakan dalam masa yang sama..


Selepas itu, ketika program berkhatan dan medical camp masih berlansung, ada program face painting untuk kanak2.. Golongan ibu dan remaja yang lagi enjoy face painting ni.. sampai muka Awin pun kena conteng.. ape daaa....~~~

ada acara demonstrasi gosok gigi pula untuk kanak2.. mereka juga dihadiahkan berus gigi setiap seorang (Thanks to the sponsor Fresh and White!!)

 

lepas gosok gigi,, volunteers bagi ubat cacing (di mana kanak2 tu kena habiskan sebotol kat situ jugak), Vit C (sehari minum sekali) dan pakai kan ubt kutu.. kesemua ubat-ubatan ni disponsor oleh doktor yg mengiringi kami..
 Astgghaa.. orang plg ganas sapu ubt kutu !!
Lunch time..~~ ada kenduri kampung.. di mana org2 kampung masak beramai2 untuk volunteers.. best rasa masakan Kemboja.. tengah lapar.. memang terbaikk laaa..!! Makan dengan Menteri Keagamaan Kemboja; Dr Mokhsin..


Lepas lunch pula,, acara yang paling kami risaukan sebelum ni.. iaitu pengagihan beras dan hygiene pack.. 500 utk 5kg beras dan hygiene pack untuk org kampung yg layak menerimanya shj.. Sebelum itu, Dr Mokhsin menyampaikan kata2 aluan dulu.. dlm ucapannya beliau selitkan doa utk kami para volunteers yg sudi membantu sesama umat Islam di Kemboja.. Aminn...

Alhamdulillah.. sistem yang kami buat adalah sistem yang pertama menjadi!! Maksudnya, semua yang layak menerima beras dapat kesemua sumbangan,, and we successfully controlled the crowd!! Bak kata seorang daripada Volunteers “OK,, JANGAN SESIAPA PANDANG BELAKANG!! KALAU TAK,, AKAN RASA KESIAN KAT MAKCIK2 TU.. KITA KENA STRICT!!”

Yang paling kami puas hati sekali bila setiap daripada kami dapat hulurkan sendiri sumbangan tu gilir2 kepada 500 orang.. Bak kata coordinator kami, Kak Siti “U deserved it!”



 
berjaya!! yahoo!!!

Malam tu,, wayang pacak lagi!!! Kali ni kami bawakan filem Kungfu Panda.. malam tu kami bagi keropok ikan dtg dr Ganu beb!!!


Lepas post mortem, kami tidur,, esok ada kerja lagi nak buat!! And esok Heliza datang.. banyak lagi nak cerita esok!!

No comments:

Post a Comment