Sunday 15 May 2011

Pasangan Kekasih


Thanks for dropping by. I nak sampai ilmu, you all baca sampai habis ok! Jom!!!

Bersentuhan antara seorang teruna dan seorang dara kini adalah perkara biasa, kadang-kadang menjadi trend, ada juga yang riak serta bangga dengan pasangan masing-masing. Walaubagaimanapun, Yang Maha Kuasa telah memerintahkan yakni bersentuhan antara laki-laki dengan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM.

Kebiasaanya, seperti yang dapat dilihat dengan pancaindera masing-masing, pasangan kekasih akan berpegang tangan dan tidak ketinggalan melakonkan aksi-aksi romantik di hadapan khalayak ramai. Mereka seakan-akan tidak segan dengan masyarakat sekeliling. As I’ve told before, they are proud of their partners. They are proud to love and to be loved. Sebaliknya itu SALAH! Tuhan MURKA wahai saudara-saudaraku! Me too did it once ago, but then I realised perbuatan tersebut sama sekali TAK BETUL!!

Aku bukan seorang Ustazah. Hafizah jauh sekali. Hanya gadis biasa yang betul-betul naïf dengan ilmu amal agama Islam. Namun, aku dengan niat Lillahi Taala ingin berkongsi tulisan dengan saudara-saudara di luar sana, hal-hal yang yang aku teguhkan,yang aku ampu sepanjang perkenalanku dengan manusia-manusia bernama Adam. Bahkan apa yang aku lakukan ini juga bulat-bulat atas ketentuannya, yang mana aku percaya kepadaNya Tuhan Yang Maha Esa.

Walaupun aku tidak sesekali mengizinkan dahi mahupun pipi ini dikucup, namun aku tetap berbuat maksiat dengan melakukan perkara-perkara haram yang lain. Pinggang anugerah Tuhan ini pernah dirangkul oleh seorang lelaki, tanda ambil berat. Kedua-dua belah tangan ini pernah dikucup, tanda sayang. Suara ini juga digilai oleh beberapa teruna, kononnya manja. Tetapi hanya Tuhan yang tahu, kerna Tuhan yang menciptaku, betapa aku rasa bersalah terhadapNya kerana melakukan maksiat sebegini. Kadang-kadang aku terfikir, pasangan-pasangan lain banyak lagi berbuat perkara yang bukan-bukan. Malah lagi hina dan terkutuk. Hanya satu kupegang, aku ingin jadi yang TERBAIK untuk suamiku nanti setelah kami halal, dengan hanya izinNya. Perihal peribadiku bukanlah tujuan tulisan ini semata-mata. Hanya pedoman buat kalian, yang mana Rasulallah(SAW) sayang sangat kepada kita, umat akhir zaman. Entah bila agaknya hari perhitungan itu muncul, hanya Tuhan yang tahu.

            Aku percaya, betapa ramai di luar sana tidak ingin terjebak dalam kancah maksiat ini.Sebaliknya apakan daya, kita semua LEMAH. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing hauskan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain. Kangan dalam jiwa masing-masing selalu sahaja bergelora hingga hati terpukul, kadang-kadang hingga boleh menitiskan air mata yang sebenarnya bukan untuk cinta yang sementara, tetapi hanya kerana rindu untuk menatap wajah masing-masing, rindu belaian masing-masing, rindu mendengarkan suara masing-masing.. semua itu SALAH!!
               
Sekali kamu ada rasa bersalah atau berdosa kerana perbuatan lalu, maka ucapkan ‘ALHAMDULILLAH’ kerana setidak-tidaknya Tuhan menganugerahi kamu perasaan bersalah dan berdosa serta kembali ke pangkal jalan sebelum pintu taubat ditutup rapat. DOA. Aku benar-benar percaya doa adalah senjata utama. Berdoalah kamu kepada Tuhan kamu, yang mencipta manusia secantik-cantik kamu dan juga sekalian alam yang indah-indah tiada tolok bandingnya, minta darinya hidayah agar kamu tidak jatuh tersungkur dalam nafsu duniawi di kemudian hari kelak. Insyallah, dengan berkat izin Yang Maha Kuasa, doa kamu dimakbulkan olehnya. Tuhan Maha Bijaksana, mungkin anugerahnya tiada kamu perasan, namun lihatlah nanti dengan susun katamu yang akan menegur pasanganmu tentang hal kemaksiatan, aku percaya Tuhan mudahkan. Jikalau memang buta tidak nampak petunjuk Tuhan, biarkan saja. Hanya kepercayaaan dan keyakinan kamu terhadap kekuasaanNya akan memandu kamu agar tidak terpesong dari landasan yang tulus benar.

Tuhan memiliki sifat-sifat manusia, yakni suka andai hamba-hamba meminta bermacam-macam. Maka lagi kerap kamu memanjatkan doa, lagi banyak permintaan kamu dariNya, Tuhan yang Maha Suci di atas sana akan lebih memberkati. Pintalah darinya sekerap mungkin andai dirimu betul-betul tidak menginginkan derhaka kepadaNya. Yakinlah bahawa Tuhan sentiasa di sisi kamu tanpa mengenal darjat, kerana Tuhan itu Maha Adil, itu yang kupercaya dan kudukung buat panduan hidup di sisi keberkatanNya.

Tegurlah teman lelaki yang selama ini kamu sanjung, tegurlah jikalau kalian berdua selama ini bukan melakukan perkara yang betul. Perkara yang dilarang olehNya dan dilaknat kekasihNya, Rasulallah(SAW). Biarkan kamu dicaci, dugaan itu hanya sebesar kuman jikalau dibandingkan dengan penderitaan pendekar-pendekar Islam suatu ketika dahulu demi menegakkan kebenaran di dunia dan juga di akhirat. Asalkan maruah kamu kelak tidak tercalar oleh insan bernama ‘boyfriend’ satu hari nanti. Sebelum nasi menjadi bubur, sediakanlah payung sebelum hujan. Bukan sahaja diri kamu mendapat malu , malah kedua-dua orang tua yang terlalu besar jasa mereka kepada kamu juga akan menanggung duka saat-saat dihina dan dicaci oleh masyarakat sekeliling, hanya sekiranya kamu terlalu sayangkan buah hati pengarang jantung kamu sehingga mengakui tubuh badan kamu adalah miliknya sepenuhnya sebelum kamu diijabkabulkan. Bertaubatlah saudara-saudaraku. Baik lelaki mahupun perempuan. Aku bukanlah yang terbaik untuk menasihati, hanya berkongsi pendapat dan pengetahuan yang tidak seberapa demi masa depan bersama-sama.

Di bawah terdapat sebingkis doa yang dipetik dari sebuah laman sosial di internet. Agar doa ini menjadi pedoman dan diamalkan oleh pasangan-pasangan di luar sana. Secara peribadinya, bagiku sendiri, menjalinkan hubungan dan mengisyhtiharkannya sebagai ‘couple’ adalah tidak salah. Yang jadi haram adalah perbuatan manusia sesama sendiri yang mana telah mencemarkan hubungan tersebut dengan perihal maksiat. Hayatilah doa di laman berikut wahai teman-teman..


Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku dan aku tercipta buatnya...
 Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...dia bukan miliku...dan aku bukan buat dirinya
Bawalah kami jauh dari pandangan masing-masing...
Luputkanlah kami dari ingatan masing-masing...
Dan peliharalah kami dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah kami kekuatan...
Melontar bayangan masing-masing jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...agar kami bisa bahagia...
Walaupun tanpa satu sama lain...
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak lagi bersama
Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah kami dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat kami...
kerana Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat segala hambaMu ...
Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara kami...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari segala hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan kami sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan kami kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah kami pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh....


This writing is created a long while ago after I had a talk with housemates after we had dinner. Rasa macam dalam majlis usrah di meja makan. Just after some minutes we had this talk, all I wanted is to express out my feeling and writing is the best solution to do so. Thus, the above was the result.

After went through each word, rasa macam tak percaya I typed such those words because obviously they are skema style writing, jiwang karat, perhaps unusual words to use. But I typed whatever crossed the mind and I believe He led me to do this, expel out what Im feeling so as to share knowledge with cool people like you’re.  

For God’s sake, lets us together we build up a good respected image for the name of ISLAM. 

Waallahualam..

9 comments:

  1. haa memula terfikir gak..ayat awin ker ni??
    owh...my housemate ni jiwang rupenyer..hehehe

    saat kt merasa bersalah ketika melakukan dosa..
    tandanya kt punyai iman..

    ReplyDelete
  2. haha.. mood:jiwang karat gilerr.. btw we had a nice talk that night isnt??

    ReplyDelete
  3. saya na share ayt jiwg yg sggh mnyentuh hati sy ituuuuu~ :D

    ReplyDelete
  4. awin,love that so much!!

    ReplyDelete
  5. awin org suke bace post awin ni..bagus2x keep it up aja aja fighting...semakin dalam ilmu kita terokai semakin kita sedar bahawa sebenarnye banyak lagi perkara yang kita tidak tahu..insyaallah you are such sweet muslimah awin..k

    ReplyDelete
  6. ala,mcm xpnh ade kapel lak...bajet2 gud je. ke ko memg xpnh ade kapel, tp klu tgk dr muke ko yg ala kadar ni.cnfirm xde laki nk tackle pny la

    ReplyDelete
  7. anon 5.52 :ek eleh ko pehal seh nak cakap kat die camtu?ape ko ingat muke ko tuh cukup lawa n hensem ke?shuh shuh.menyemak je kat sini.bluekkkkkkkk

    ReplyDelete